Ekonomi Donut jadikan Perak destinasi pilihan cari kerja (1/5)
OBJEKTIF NYATA: Mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di dalam negeri Perak.
[ Perak mengharapkan model pembangunan Ekonomi Donut yang mahu dilaksanakan akan kembali meletakkan negeri itu khususnya Ipoh sebagai destinasi pilihan untuk pencari kerja terutama anak-anak muda … ] — Kosmo
CABARAN: Penghijrahan keluar penduduk negeri Perak kerana mencari pekerjaan.
SEGMEN PENDUDUK TERLIBAT: B40 (terbesar) – 57.8%
[ Ketika ini, penyelidik menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi Perak termasuk penghijrahan keluar penduduk yang tinggi atas alasan kerjaya dan B40 adalah kumpulan tertinggi iaitu 57.8 peratus … ] — Kosmo
ASAS MODEL EKONOMI DONAT
[Dalam gambaran bulatan kuih donut, keperluan asas menjadi faktor utama dalam perancangan ekonomi. Bagaimanapun, semakin bulatan itu membesar, proses pembangunan ekonomi tidak boleh melebihi batas sehingga menjejaskan ekosistem masyarakat dan alam sekitar … ] — Kosmo