Rasa Macam Nak Buat Fun Getaway Ramai-Ramai Di Sahom
Untuk geng motor, geng famili atau untuk ‘family gathering’, Sahom di Kampar, Perak is on top of the list.
Di Sahom ni saja terdapat beberapa points untuk mandi manda. Kalau nak lagi ‘gila’, dari Sahom boleh patah ke belakang menghala ke selatan balik ke Tapah ikut jalan dalam hutan menuju Lata Kinjang.
Laluan ni mungkin masuk akal kalau anda tidak merancang untuk ke utara selepas Sahom tetapi pusing balik menghala ke Kuala Lumpur (selatan). So boleh singgah pulak ke Lata Kinjang. Lepas tu baru masuk highway balik melalui Tapah dan shoot terus balik Kuala Lumpur.
Rileks dan menenangkan jiwa especially untuk “healing” kata orang.
Kalau singgah di Kampar pulak, jangan lupa singgah kedai Pak Din untuk Mee Kicap, Mee Kari & Laksa Kampung (laksa kampung ni lain sikit. Bukan macam laksa Kuala).
Kalau nak tempat retreat berbayar dan berbooking, Chalet Atok di Kampar pun power. Anyway, poket beb. Tengok poket dan bajet. Tapi berbaloi.
Actually, di Kampar ada macam-macam air terjun. Selain daripada Batu Berangkai ( jalan masuk sebelah kanan lebih kurang beberapa ratus meter sebelum Balai Polis Kampar) juga air terjun yang not bad, on the way ke Sahom pun ada Air Terjun Salu. Nampak kat bawah macam tak ada apa menarik. Tunggu dulu.
Parking kat bawah, naik atas sikit berjalan kaki. Tak jauh. Untuk orang dah berumur pun tak ada masalah nak sampai. Ada kejutan kat atas tu. The great wall of Salu.
Anyway, pastikan berhati-hati dan jangan berani tak tentu hala sangat.
Ok, enjoy your trip to Sahom & Kampar.
NOTA:
Selain itu, mungkin korang boleh ronda Kg. Tebing Tinggi & Malim Nawar untuk Nasi Vanggey versi Malim Nawar (orang kata lebih kurang jer rasa Nasi Ayam Daging Merah atau Vanggey di Ipoh). Apa ada kat Kg. Tebing Tinggi ni? Check It Out!