Platform Booking & Sewaan Untuk Pembangunan Komuniti Setempat
Selain daripada peniaga produk biasa seperti pakaian, makanan dan sebagainya, satu lagi jenis perniagaan yang penting adalah perniagaan berasas perkhidmatan yang berkait booking (tempahan) dan sewaan.
MIMMO memberikan pelbagai kelebihan yang tidak akan mampu ditawarkan oleh mana-mana laman atau aplikasi booking & sewaan yang sedia ada di pasaran pada hari ini.
JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIKLASIFIKASIKAN BERASAS BOOKING & SEWA
- ‘Places of interest’ atau tempat menarik seperti taman tema, lokasi bersejarah, zoo.
- Pusat atau lokasi makan minum seperti cafe hipster, warung ‘bawah pokok’.
- Pusat kecantikan & rawatan yang menawarkan perkhidmatan moden & tradisi atau alternatif.
- Sewaan kenderaan seperti kereta, motorsikal, bot, rumah bot.
- Sewaan jentera & alatan seperti peralatan menyelam dan pembinaan.
- Aktiviti seperti kebudayaan, ‘jungle tracking’, sukan air.
Senarai di atas hanyalah sebagai idea asas tentang kepelbagaian cabang perniagaan ini. Ada banyak lagi yang boleh difikir dan disenaraikan.
KEPERLUAN BERBEZA BAGI PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT
Memang sudah terdapat pelbagai laman dan aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk booking & sewa di pasaran tetapi kebanyakannya adalah berorientasikan keuntungan korporat dan tidak berorientasikan ekonomi setempat.
Sedangkan, bagi tujuan pembangunan ekonomi komuniti, ia memerlukan ‘setting & konfigurasi’ yang berbeza.
MPLUS MENAWARKAN SOLUSI BOOKING & SEWAAN FOKUS UNTUK PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI
MPLUS adalah sebahagian daripada koleksi platform di bawah inisiatif SDG (Sustainable Development Goals) milik MIMMO dengan fokus kepada pembangunan ekonomi berasas komuniti yang dipanggil SOSIONOMIK.
MPLUS dan gabungan pelbagai integrasi dengan lain-lain platform di bawah MIMMO memberikan pelbagai kelebihan yang tidak akan mampu ditawarkan oleh mana-mana laman atau aplikasi booking & sewaan yang sedia ada di pasaran pada hari ini.
Inisiatif MPLUS ini akan menjadikan visi pembangunan ekonomi setempat bagi perniagaan booking (tempahan) & sewaan ini semakin jelas dan lebih mudah & praktikal.
Apa yang tinggal lagi adalah satu perkara – penyertaan & sumbangan anda untuk menjayakan misi ini untuk faedah semua warga kita, terutamanya warga setempat anda.