Nak ‘experience’ real kampung life? Atau, nak melupakan masalah kehidupan bandar anda sebentar dan merasa kehidupan kampung yang luar daripada yang biasa anda lihat?
Jom berkunjung ke Tebing Tinggi Colourful Life di negeri Perak bersama Aku Budak Tebing.
Nak mengenal kehidupan kampung yang harmoni, di sinilah tempat untuk anda pilih.
Nak memancing & bersantai, lombong ada, sungai ada, parit ada. Nak menjala ikan, ada! Nak menjaring ikan, pun ada!
Atau, anda berminat nak mencuba membubu ikan?
Anda nak gunung & hutan beserta air terjun pun ada.
Sekali sekala, ada musim “Ikan Main”. Satu musim yang amat istimewa di mana anda boleh melihat pemandangan ribuan ikan dan paling menarik, anda boleh menangkap ikan hanya dengan tangan kosong, tanpa sebarang alat.
Bosan atau tak minat ikan? Ada macam-macam aktiviti lain lagi.
Nak main layang-layang kampung beramai-ramai? Aturkan bersama ‘geng’ baru anda di Tebing Tinggi Colourful Life.
Kadang-kadang ada pertandingan Kampung Bike Prix. Ini untuk budak-budak tapi fun. Macam-macam bentuk basikal kampung ada.
Atau, anda nak merasa aktiviti ‘menjebak burung’, pun ada! Malah kalau anda minat, Aku Budak Tebing boleh mengaturkan program membina jebak burung.
Nak pertunjukkan kebudayaan pun ada di sini.
Atau nak belajar cara membuat ‘senapang tunjai’?
Kalau musim durian, anda boleh mengadakan Durian Feast anda sendiri di sini. Berbakul-bakul durian untuk anda belasah selagi larat.
Nak ‘custom activities & program’ berkisar kehidupan kampung pun ada.
Penduduk pun memang ‘sporting’ dan ‘supportive’.
Macam-macam aktiviti anda boleh cuba di sini.
Hubungi akaun Facebook di bawah untuk mengatur program anda.
You must be logged in to post a comment.
Here you'll find all collections you've created before.
Elhan Hamza
07/12/2024 at 1:33 amTerbaik untuk mengalami suasana kampung tradisional Melayu Malaysia
Helpful Reviewguzman
21/04/2022 at 1:28 amSalah satu lokasi terbaik untuk pemancing di sekitar Kampar.
Bagaimanapun, lombong yang dipaparkan di dalam gambar telah menjadi projek ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh penduduk kampung.
Tetapi anda tidak perlu risau, hanya hubungi mereka untuk solusi. Ada solusinya.
Helpful Review 2