Kuala Dipang: Restoran D’Inai Di Simpang Ke Malim Nawar
Restoran D’Inai ini terletak betul-betul di simpang masuk ke Malim Nawar.
Menyediakan pelbagai jenis masakan tradisional Melayu terutama feveret negeri Perak.
Jika anda bersantai berlibur ke Sahom, atau on the way ke Batu Gajah mahupun Ipoh, untuk makan tengah hari anda boleh singgah ke D’Inai.
Ruang makan luas gedabak dan selesa untuk makan satu famili.
Harga bukan isu besar sangat walaupun mungkin ada yang kata a little pricey. Cuma pastikan singgah awal dan beringat sikit, jangan gelojoh sangat bila nampak macam-macam.