Lebuhraya Baru Gopeng ke Kuala Kangsar Bypass Terowong Menora
Korang tahu tak MB @saaranimohamad kata Kabinet dah luluskan highway baru dekat Perak?
Dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa lalu terowong Manora. Dari Gopeng ke Siputeh dan terus ke Kuala Kangsar untuk mengelakkan kemalangan maut melibatkan lori.
Apa kata anda? pic.twitter.com/atGQ1L3lSt
— Jabatan Penerangan Rakyat (@twt_penerangan) February 13, 2024
Kabinet Malaysia telah meluluskan projek pembinaan lebuhraya baru di Perak iaitu dari Gopeng ke Kuala Kangsar tanpa perlu melalui terowong Menora.
Laluannya adalah dari Gopeng ke Siputeh dan terus ke Kuala Kangsar yang secara tidak langsung, dengan kehendak Allah swt akan merendahkan risiko kemalangan maut melibatkan lori dan lain-lain kenderaan berat.
Selain itu, lebuhraya ini juga akan mengurangkan kesesakan jalanraya terutama pada musim perayaan.